Hikmah Meninggalkan Perkataan Berbohong
- ..
Dalam sebuah
hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan pada suatu hari ada
seorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. kerana hendak memeluk
agama Islam. Sesudah mengucapkan dua kalimat syahadat, lelaki itu lalu berkata
:
“Ya Rasulullah. Sebenarnya hamba ini selalu
berbuat dosa dan berusaha hendak meninggalkannya.” Maka Rasulullah menjawab :
“Mahukah engkau berjanji bahawa engkau sanggup meninggalkan perkataan bohong?”
“Ya, saya berjanji” jawab lelaki itu singkat.
Selepas itu, dia pun pulang ke rumahnya.
Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk
agama Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang yang jahat. Kegemarannya
hanyalah mencuri, berjudi dan meminum minuman keras. Maka setelah dia memeluk
agama Islam, dia sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab
itulah dia meminta nasihat dari Rasulullah S.A.W.
Dalam perjalanan pulang dari menemui
Rasulullah S.A.W. lelaki itu berkata di dalam hatinya : “Berat juga aku hendak
meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu.”
Maka setiap kali hatinya terdorong untuk
berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek.
“Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan
kamu nanti apabila ditanya oleh Rasulullah. Sanggupkah engkau berbohong
kepadanya” bisik hati kecil. Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka
dia teringat segala pesan Rasulullah S.A.W. dan setiap kali pulalah hatinya
berkata :
“Kalau aku berbohong kepada Rasulullah
berarti aku telah mengkhianati janjiku padanya. Sebaliknya jika aku bercakap
benar berarti aku akan menerima hukuman sebagai orang Islam. Oh
Tuhan….sesungguhnya di dalam janji saya dan Rasulullah itu terkandung sebuah
hikmah yang sangat berharga.”
Setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya
itu, akhirnya lelaki itu berhasil di dalam perjuangannya menentang kehendak
nalurinya. Menurut hadis itu lagi, sejak dari hari itu bermula babak baru dalam
hidupnya. Dia telah berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti
yang digariskan oleh Rasulullah S.A.W. Hingga ke akhirnya dia telah berubah
menjadi mukmin yang soleh dan mulia.
Dalam
kisah di atas terdapat pesan bahwa seorang muslim jangan sekali kali berkata bohong,
ketika kita berbohong terhadap sesuatu maka seterusnya kita berdusta dan
sebaliknya ketika kita jujur / tidak berbohong maka seterusnya pun kita berkata
jujur.